Gergasi merah

Gergasi merah merupakan bintang gergasi terang dengan jisim yang rendah atau sederhana (lebih kurang 0.5–10 jisim suria) yang berada di penghujung fasa perkembangan najam. Atmosfera luarnya mengembung dan lemah, menyebabkan jejarinya menjadi amat besar dan suhu permukaannya rendah, lebih kurang 5,000 K dan ke bawah. Rupa gergasi merah adalah dari jingga kekuningan kepada merah, melibatkan jenis spektrum K dan M, serta kelas bintang S dan kebanyakan bintang karbon.Gergasi merah yang biasa adalah yang dipanggil bintang cabang gergasi merah yang lapisan luarannya masih melakurkan hidrogen kepada helium, manakala terasnya pula ialah helium yang tidak aktif. Kes lain bagi gergasi merah ialah bintang cabang gergasi asimptot yang menghasilkan karbon daripada helium dengan proses alfa ganda tiga.[1]Gergasi merah yang ketara di langit malam termasuklah Aldebaran (Alpha Tauri), Arcturus (Alpha Bootis), dan Gamma Crucis (Gacrux), manakala yang lebih besar ialah Antares (Alpha Scorpii) dan Betelgeuse (Alpha Orionis) iaitu super gergasi merah.

Rujukan

WikiPedia: Gergasi merah http://www.astronomynotes.com/evolutn/s5.htm http://www.astrophysicsspectator.com/topics/stars/... http://www.cosmosmagazine.com/news/952/clues-death... http://www.harmsy.freeuk.com/sun.html http://www.msnbc.msn.com/id/23354076/ http://space.newscientist.com/article/dn13369-hope... http://www.newscientist.com/article/mg14219191.900... http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/astro/r... http://articles.adsabs.harvard.edu/cgi-bin/nph-iar... http://cfa-www.harvard.edu/~kstanek/RedClump/